Saturday, 23 May 2015

Kun Anta Translete

Ketika bersama mereka
Aku meniru rupa dan apa yang dizahirkan mereka
Jadi aku menjadi seorang yang berbeza
Hanya untuk berbangga

Dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu
Aku akan dapat kelebihan
Tetapi apa yang aku perolehi hanyalah kerugian
Kerana ia adalah luaran semata-mata

Tidak... tidak...
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan
Kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini di dalam hati ia bersinar 

Tidak... tidak...
Kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang kita tidak ada
Itulah kecantikan kita semakin bertambah hingga ke atas 

Oh wo oh... Oh wo oooh...
Oh wo oh... Oh wo oooh...
Oh wo oh... Oh wo oooh...

Jadilah dirimu sendiri pasti akan bertambah kecantikan yang sedia ada 

Oh wo oh... Oh wo oooh...
Oh wo oh... Oh wo oooh...
Oh wo oh... Oh wo oooh...

Jadilah dirimu sendiri pasti akan bertambah kecantikan yang sedia ada

Sungguhpun aku menerima mereka tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka Melainkan apa yang aku terima itu aku redha
Aku ingin menjadi diriku sendiri seperti diriku sendiri
Inilah aku
Kepuasanku mencukupi untuk diriku
Inilah keyakinanku

Tidak... tidak...
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan
Kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini di dalam hati ia bersinar 

Tidak... tidak...
Kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang kita tidak ada
Itulah kecantikan kita semakin bertambah hingga ke atas 

Oh wo oh... Oh wo oooh...
Oh wo oh... Oh wo oooh...
Oh wo oh... Oh wo oooh...

Jadilah dirimu sendiri pasti akan bertambah kecantikan yang sedia ada 

Oh wo oh... Oh wo oooh...
Oh wo oh... Oh wo oooh...
Oh wo oh... Oh wo oooh...

Aku akan mengikut kemampuan diriku 
Aku tidak perlukan orang lain menerimaku
Aku akan jadi apa yang aku cintai
Kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku?

Aku akan mengikut kemampuan diriku 
Aku tidak perlukan orang lain menerimaku
Aku akan jadi apa yang aku cintai
Kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku?

Tidak... tidak...
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan
Kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini di dalam hati ia bersinar 

Tidak... tidak...
Kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang kita tidak ada
Itulah kecantikan kita semakin bertambah hingga ke atas 

Oh wo oh... Oh wo oooh...
Oh wo oh... Oh wo oooh...
Oh wo oh... Oh wo oooh... 

Jadilah dirimu sendiri pasti akan bertambah kecantikan yang sedia ada

Oh wo oh... Oh wo oooh...
Oh wo oh... Oh wo oooh...
Oh wo oh... Oh wo oooh... 

Jadilah dirimu sendiri pasti akan bertambah kecantikan yang sedia ada

Checklist Barang Universiti

*Pakaian* : 

(Perempuan)
- Baju kurung/Baju Kebaya/Jubah ( Bawa dalam 10-15 helai atau lebih)
-Blouse ( kalau nak pergi outing ke )
- Baju lengan panjang (Pakai bila beriadah atau keluar makan dan sbgainya)
-Seluar sukan/Tracksuit
-Seluar pendek ( Pakai dalam bilik jelah. Haha)
-Seluar Slack hitam (Untuk aktiviti rasmi kolej) 
-T-shirt/Baju lengan pendek/Baju Tidur (Pakai di dalam bilik)
-Inner baju/Kain dalam/Kain Batik
- Skirt Labuh/Blouse/Baju jalan-jalan (Kalau nak pergi outing)
- Sweater (Sekiranya cuaca sejuk)

(Lelaki)
-Baju Kemeja ( Wajib pakai ketika ke kuliah)
-Baju Melayu ( Bawaklah 1 atau 2 helai bagi pelajar melayu)
-Seluar Slack hitam (Untuk aktiviti rasmi kolej)
-Seluar sukan/Tracksuit/Kain Pelikat
-Seluar pendek ( Pakai dalam bilik. Jangan mengada-ngada nak pakai bila keluar makan)
-Tshirt apa apa corak pun.

*Kepala* :

Perempuan :
- Tudung/Selendang ( Tak kisah warna apa. Pastikan ada warna *hitam*)
-Anak tudung ( Warna warni pun boleh )
-Pin tudung ( Apa-apa corak pun boleh, bawak stok banyak sikit) 
- Sikat/Sepit rambut/Getah rambut/Cekak (sukahati nak bawak ke taknak)

Lelaki : 
-Kopiah/Songkok ( Tak wajib)
-Topi ( Pakai dalam bilik jela ye? Haha)

*Kaki* :
-Flatshoes sahaja ( *NO HEELS!*) ( Warna apa pun, tak kisah but at least kena ada warna hitam/ warna gelap) (Tak semestinya *PVC*) (khas untuk*PEREMPUAN*)
-Kasut kulit ( Wajib kepada *LELAKI *bila nak pergi kuliah) 
-Kasut Sukan ( Apa-apa jenama pun, asalkan kasut sukan !)
-Sneakers ( Tak Wajib )
-Selipar jamban/Jepun (Ni mestilah bawak. Beli yang tahan dan kuat sikit. Takut tergelincir dalam bilik air) (kalau nak pakai selipar masa pergi makan, cari yang *LAWA-LAWA* sikit. Haha) 
-Stoking {Warna apa pun tak kisah tapi at least ada warna *HITAM*(bagi *LELAKI*) dan warna *HITAM*/warna *KULIT* (bagi*PEREMPUAN*) }

*Penjagaan Diri *:
-Pencuci muka ( Belilah Oxy! Haha tak kisah apa jenama pun)
-Sabun Mandi ( Beli yang baunya kuat. Baru tahan wangi untuk berjam-jam kan?)
-Ubat Gigi/Berus Gigi (Wajib ! Untuk mengelakkan mulut anda berbau)
-Shampoo ( Gunalah Head and Shoulder. Hee, tak kisah apapun jenama. Beli yang besar sikit, tahan lama)
-Deoderent ( Bagi megelakkan ketiak anda berbau. Wakaka :P)
-Losyen Badan (Untuk menjaga kulit bagi perempuan. Ada ke lelaki pakai losyen?)
-Alat Solek ( Perempuan sahaja. Lelaki jangan. Haha)
-Minyak Wangi ( Belilah pewangi yang tahan lama)
-Minyak Rambut/Gel ( Oh lelaki kena ada benda ni.Nampak kacak sikit)
-Pengetip kuku/earbuds/sikat
-Tuala ( Untuk lap badan dan cover badan lepas mandi !!)

*Laundry *:
-Hanger ( Bawak banyak-banyak bagi sesiapa yang tak suka lipat baju. Haha)
-Hanger kecil (Untuk sidai yang dalam-dalam)
-Pengepit baju ( Beli yang saiz besar sikit)
-Sabun Basuh (Gunalah liqiud untuk menyenangkan anda)
-Baldi ( Untuk basuh baju)
-Gayung ( Kalau takda air, nak ambil air daripada baldi macammana? Haa)
-Berus ( Untuk berus baju)
-Bakul kecil ( Untuk letak shampoo, ubat gigi dll. Kan senang.)
-Bakul baju kotor/bersih ( Tak wajib)

*Alat tulis* :
-Testpad/Kertas Kajang (Penting untuk buat experiment & assignment. Belilah yang beratus-ratus helai punya. Tahan lama)
-A4Paper  (Penting untuk buat experiment *BIOLOGY* dan assignment. Belilah yang beratus-ratus helai punya. Tahan lama)
-Kalkukator Saintifik (Penting. Pakai je yang masa sekolah menengah punya)
-Buku nota panjang/pendek ( Kalau nak catat nota penting ke. Dalam buku tersusun sikit daripada tulis kat kertas)
-Pen/Pensel
-Pemadam/Liquid Paper
-Pembaris Pendek dan Panjang
-Selotep ( Untuk bunuh CHARLIE :P)
-Stapler/ubat stapler (Beli saiz kecil sudah..)
-Highlighter (Kalau nak lecture note berwarn-warni & highlight benda penting dalam lecture note)
-Gunting ( Untuk apa-apa je)
-Fail ( Beli yang boleh muatkan banyak kertas tu)
-Gam ( Kadang-kadang berguna)
-Klip kertas ( Kalau taknak kertas bersepah-sepah)
-Pembalut buku ( Tak wajib. Kalau siapa sayang buku, taknak berkedut-kedut sila beli)
-Pembalut hadiah ( Kalau nak cantikkan meja atau board anda) 
-Penebuk lubang (Kadang-kadang berguna)

*Bilik* :
-Cadar/Sarung Bantal ( Gambar kartun pun boleh. Jangan segan. And matrik *TAK SEDIAKAN* benda ni)
-Selimut
-Bantal Peluk
-Bantal busuk( Bawak kalau tak, tak boleh tidur nanti. Aha)
-Bantal EXTRA ( BANTAL KMPK TAK BEST)
-Alas kaki (Tak wajib)
-Tong sampah besar/kecil (Suka hati nak bawak ke tak)
-Jam loceng ( Beli yang mengeluarkan bunyi yang kuat. Baru senang bangun)
-Cermin kecil ( Kalau taknak berebut cermin, bawak cermin sendiri)
-Kunci Mangga ( Prepare, ada yang akan dapat almari pakai selak je)
-Kalendar kecil (Tak wajib)
-Jarum/Benang  (Tak wajib)
-Pewangi Loker  (Tak wajib)
-Ubat nyamuk  (Tak wajib)
-Ubat gegat  (Tak wajib)
-Sticker (nak hiaskan bilik jadi cantik. HAHA. Tak wajib)
-Penyapu  (Tak wajib) 
-Kain buruk  (Tak wajib)
-Mop  (Tak wajib)
-Penyangkut kecil yang boleh lekat kat dinding (Berguna jugak kadang-kadang)
*Untuk pelajar ISLAM* :
-Sejadah
-Telekung
-Yassin/al-Quran (ramai yang bawak al-quran mini berserta terjemahan) 

*Untuk perut* :
-Stok makanan yang banyak ( Maggi, biskut, roti, keropok...)
-Minuman segera (Milo 3 in 1, Horlick, Nescafe, Cadbury....)
-Pinggan/Mangkuk/Cawan/Mug/Tupperware
-Sudu/Garfu
-Air mineral (Wajib. Kalau boleh beli yang besar terus)
-Thermos ( kalau malas nak turun ambik air panas. Gunalah thermos. Ambil sekali, terus simpan)
-Botol air (Tak wajib)
*
**Kalau sakit* :
-Panadol
-Eno halia atau lain-lain
-Minyak angin/Minyak Gamat
-Eyemo 
-Plaster
-Ubat-ubatan (demam, selsema, ..dll)

*Gadget* :
-Handphone ( Kenalah bawak kan?)
-Headphone ( Kalau bosan masa belajar, pakailah benda ni untuk dengar lagu. Tak menganggu orang lain)
-Laptop/netbook/notebook/Ipad (Tak wajib)
-Charger HP/laptop (Jangan lupa bawak pulak)
-Kamera digital/DSLR  (Tak wajib)
-Pendrive/ Hard disk ( Untuk korang exchange MOVIE. haha)
-Radio kecil/mp3 player  (Tak wajib)

*Dokumen* :
-Borang-borang matrikulasi suruh bawa
-Sijil-sijil  (Tak wajib sebenarnya)

TAMBAHAN :
-Meja kecil ( Memudahkan untuk buat kerja bila duduk atas lantai)
-Beg tarik/ beg kecil (nanti nak balik rumah takyah bawak beg besar-besar)

*DILARANG BAWA* :
-Peti Ais Kecil 
-Seterika
-Printer 
-Cerek Elektrik
-RiceCooker
-Kipas
-Extension Plug
-ROKOK/DADAH
-LIGHTER
dan lain-lain yang diharamkan bawak. 

Tapi kalau nak bawa boleh, pandai-pandai la sorok dalam loker. Haha

Saturday, 16 May 2015

me


"Sa akunu ana, mithli tamaman hazana." - Humood Al Khudher

Ill just be myself, just the way I am. This is me. 

Sunday, 10 May 2015

~ Kenapa ALLAH temukan kita dengan org yg salah ~

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja, tapi itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa SYUKUR kita pada ketentuanNYA.

2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH, PENGASIH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip PENGALAMAN yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

@_instaamirrr // http://ask.fm/amirmizuar

Friday, 1 May 2015

nonsense hahah

cuti semester yang baik stakat ini... hanya bertemankan dengan BlackBerry kerana my ASUS Zenfone 5 telah masuk wad,, mybe 1 bulan, 2 bulan or lbih lama, hahha,, keadaannya sangat kritikal,, technician asus terpaksa hntar dia ke wad kat KL, hmm.. farewell asus, hahahah,, 

satu pesanan kpd smartphone user,, jangan terlalu obses dgn powerbank, kerana ia boleh menyebabkan gadget anda KO. hahaha,, 

sy pemain COC yg tegar,, 
powerbank ada dimana2,,
internet sesuatu yang wajib,,
line pon semestinya diperlukan, 

hahaha... that"s why my gadget broken down,,  XD

kbyeeeeeeee.................


Friday, 13 March 2015

ALL ABOUT MY COURSE (AT110)

WHAT IS DPIM (Diploma Planting Industry )
CODE : AT110

assalamualaikum :) ,, do you know what is AT110 course ? have you hear that code before this ? hehe, i don't think so. lol. same as me. i choose that course at UPU because my advisor asked me to do so. before that, he give an explanation about that course in deep. haha,. oh my ENGLISH >_< ..

Pertamanya, sy ingin memasukkan silibus 6 semester untuk kos AT110, 

No.Course CodeCourse NameCredit UnitSem
1AGR122PLANT SCIENCE31
2AGR160FIELD PRACTICAL I21
3BEL120CONSOLIDATING LANGUAGE SKILLS31
4CHM138BASIC CHEMISTRY31
5CTU101FUNDAMENTALS OF ISLAM21
6HBU111NATIONAL KESATRIA I11
7MAT112BUSINESS MATHEMATICS31
8AGR112BASIC LANDSCAPE PLANTS32
9AGR154PLANT PATHOLOGY32
10AGR260FIELD PRACTICAL II22
11BEL260INTERMEDIATE ENGLISH32
12CSC134COMPUTER AND INFORMATION PROCESSING32
13CTU151ISLAMIC THOUGHT AND CIVILIZATION22
14HBU121NATIONAL KESATRIA II12
15ACC100ACCOUNTING33
16AGR113INTRODUCTION TO ECONOMICS OF AGRICULTURAL PRODUCTION33
17AGR161INTRODUCTION TO SOIL SCIENCE33
18AGR262MAJOR CROPS PRODUCTION33
19AGR360FIELD PRACTICAL III23
20BEL311ENGLISH FOR ACADEMIC PURPOSES33
21CTU211SCIENCE AND TECHNOLOGY IN ISLAM23
22HBU131NATIONAL KESATRIA III13
23ACC319COST AND MANAGEMENT ACCOUNTING34
24AGR135INDUSTRIAL RELATION AND EMPLOYMENT ACT34
25AGR145HUMAN RESOURCE IN AGRICULTURE34
26AGR218BASIC AGRICULTURAL ENGINEERING34
27AGR251MANAGING PROBLEMATIC SOIL24
28AGR254ENTOMOLOGY34
29AGR256AGRICULTURAL RESEARCH METHODS34
30AGR165AGRICULTURAL PRODUCTS MARKETING35
31AGR302SECONDARY CROPS PRODUCTION35
32AGR355AGRICULTURAL EXTENSION35
33AGR358LAND SURVEY35
34AGR363FARM MANAGEMENT35
35ENT300FUNDAMENTALS OF ENTREPRENEURSHIP35
36AGR390INDUSTRIAL TRAINING66

banyak kan? haha. don't worry, jadual yg UiTM susun dah perfect, cuma atas kita je yang memanfaatkanny,, :) 
ok. skrang sy nak kongsi sikit kehidupan masa sem1 , seperti biasa, hari isnin sampai hari khamis ada kuliah/kelas. lupa nak bagitahu, hehe, semasa minggu destini siswa(MDS) sebaik2nya korang cari dulu kelas kat mana. nanti takkan sesat. UITM ni luasnya bolehlahh. nak jalan ke kelas tu memang penat haha.. dengan tangga nya, bukit nya,hahaha. tapi jangan risau, setiap kelas ada air-cond. selesa lah untuk belajar, Alhamdulillah ^^ .., 
Yang paling unik tentang kos ni adalah setiap pagi jumaat akan ada outdoor class. Kelas kau kat Ladang , haha , atau ianya dipanggil 'roll call'. Berbeza dgn fakulti lain. pepagi buta lagi kena turun ladang. Dalam pukul 6pg, lepas solat subuh ters ke ladang. Ianya bukan untuk mendera pelajar. Jangan salah anggap,,! citer ladang abis kat ladang ea, haha.. sebenarnya, ia boleh melatih kita untuk bangun awal dan berdisiplin tinggi sentiasa. Kerja kat ladang mana boleh lembik ! haha..
Seperti biasa, ada ucapan orang atasan, then ada Asma Ul-Husna, bacaan Yaasin dan Tazkirah . Last sekali sebelum roll call dismiss, ada nyanyian 1 lagu , Planters Song, ^-^ terbaik lah.. belum cuba nyanyi, korang takkan tahu semangat apakah yang keluar pagi2, hehe,

okay, masa sem 2, korang akan ada 1 trip . bukan sekadar lawatan, tp untuk subjek Landscape. 1 je nak pesan, masa trip jangan nk main je,, catat . Yang penting korang kena tahu nama penceramah & ada gambar masa dia bagi penerangan.
ni gambar kami, hehe 


 jangan lupaaaa.. kami pon ada DINNER,, utk sem ni ianya bertema "ENCHANTED FOREST" . meme terbaikk,, sem 2 buat persembahan dikir barat, ni link youtube, ajom lerr tgk, https://www.youtube.com/watch?v=mxczJdfkhYs
nah gambar masa dinner:





sorry takpandai nk susun gambar. kecek mula, lorat. hahahahahaha

kbyee.
last but not least, AT110/DPIM is the best.


assalamualaikum